BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ahlan wasahlan

assalamualaikum.....

MUJAHADAH SEORANG MUSLIMAH.........................




Aku ingin mencari cinta yg boleh membawa aku ke jalan Ilahi.aku ingin menjadi MAKMUM kepada seorang imam.aku ingin menjadi SAYAP KIRI kepada seorang khalifah.aku ingin menjadi seorang PENDENGAR kepada seorang da'ie.aku ingin menjadi seorang MUJAHIDAH kepada seorang mujahid.aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai Allah lebih dari segalanya















Saturday, December 24, 2011

~Tatkala cinta hanya sekadar ujian~



bismillahirrahmanirrahiim...

kerana kehilangan yang berlaku semalam..
aku belajar kuat meniti hari..
keseorangan menganyam mimpi..
yang tidak akan pernah jadi..
dan..
ku mula sedari..
bahawa aku tidak pernah memiliki apa-apa..
tanpa pemberianNYA.

kerana kepedihan semalam..
aku bersendirian merawat hati..
ku sangka ku bisa menutup semua pedih..
namun..
ku sedari..
tanpa DIA yang memberi semangat..
mungkin ku akan larut dalam luka ini.

kerana cinta itu lumrah insan..
sentiasa menjenguk hatiku..
walau aku ingin lawan dengan taufan..
agar perginya tidak kunjung datang..
namun..
ku sedari..
bahawa hati ini milik Tuhan..
Dia yang berhak membolak-balikkan hati..
lalu,
ku biarkan hatiku mengusung cinta.

jika bukan kami yang ditakdirkan bersama...
aku redha dengan takdirNYA..
dan,
ku menunggu perasaan ini beransur pergi..
dengan izinMU..
ku yakiniMU,ALLAH YANG ESA..

tenteramkan hati ku agar tidak lara,
mencintai apa yang tidak ku punya,
bebaskan hati ini dari mengenggam sesuatu,
yang bukan hak ku untuk miliki.

mengharungi berat bebanan ini,
aku mengharap petunjukMU,
agar kaki tidak salah memijak,
agar hati tidak salah mengagak,
agar rindu tidak salah diletak,
agar cinta tidak salah tempat.

hanya diri MU..
yang bisa mendamaikan hatiku..ya ALLAH..

Saturday, October 22, 2011

bila penaku berbicara cinta...


Assalamua’laikum pembuka bicara,
Bicara diserikan dengan senyuman,
Izinkan diriku berbicara tentang cinta,
Semoga bermanfaat buatmu teman.

Ia anugerah dari yang Esa,
Buat kita yang bergelar hamba,
Bagi menghubungkan sesame kita,
Agar ukhuwah terjalin sentiasa.

Ramai mulut berbicara cinta,
Namun tak semua faham maksudnya,
Cinta kini hanya mainan,
Oleh mereka yang menjadikan nafsu sebagai tuhan.

Mencintai seseorang tiada salahnya,
Kerana ia adalah fitrah ciptaan yang Esa,
Namun jangan berharap pada yang belum pasti,
Kelak mengundang kecewa di hati.

Pabila cinta hadir bukan pada masanya,
Janganlah diluahkan pada si dia,
Kerana bukan kita yang mengatur segala,
Sebaiknya serahkan rasa itu pada yang Esa.

Pagar dibina menjaga rumah,
Agar terhindar dari penceroboh,
Syariat dicipta menjaga cinta,
Agar kesuciannya terpelihara sentiasa.

Cinta Illahi cinta abadi,
Cinta insani umpama mimpi,
Ramai mengaku cintakan Illahi,
Tapi masih mengejar cinta insani.

Mengapakah begitu wahai diri?
Cepat-cepatlah muhasabah diri,
Mari serahkan cinta pada Illahi,
Kelak bahagia hingga ke mati.

Thursday, October 6, 2011

kenapa dengan diriku???



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM.....

ASSALAMUA'LAIKUM TO ALL READERS....ceh..speaking plak dia hari ni... http://www.emocutez.com

hmm...sejak kebelakangan ni aku rasa sunyi..walau ramai teman di sisi..kenapakah?http://www.emocutez.com

ya ALLAH...hatiku bertanya sendiri....

Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Mu? Kenapa begiru sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku? Begitu hitamkah hati ku ini? Begitu menggunungkah dosa diri ini? Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah? Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?






Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut namaMu yang Maha Esa…? Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w? kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain? Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam…. Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah.. Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah…… Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...


Ya Allah…… Hinanya diri ku ini ya Allah… Kotornya diri ku ini ya Allah… Jijiknya diri ku ini ya Allah… Berilah hidayah padaku ya Allah… Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat… Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku… Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini… Tidak sanggup ya Allah…. Segala-galanya aku berserah pada Mu… Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah… Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu… Astaghfirullahalazim… Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku…. Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya


Air mata membasahi pipi…. Adakah ini air mata keinsafan??? Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini… Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan…. Aku ingin meminta sesuatu dari Mu.. Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..






Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna.. Aku sangat mengagumi perjuangan beliau… Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub… Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya… Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub? Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini…. Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini... Aku tidak layak memikirkan tentangnya.. Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…? Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka? Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau… Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka. Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.





Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…? Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya? Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah… Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini… Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka… Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir, namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi... Ya Allah….. Pimpinlah daku… Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma. Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina…. Ampunilah aku ya Allah…. Astaghfirullahalazim… Astaghfirullahalazim… Astaghfirullahalazim…


aku keliru... :(



assalamua'laikum semua...http://www.emocutez.com yang baca post ni la..huhu..da lama tak post sesuatu kat blog ni..dalam blog ni..aku tak pernah post mcm ni..ni first time aku post mcm ni.http://www.emocutez.com..ntah la..aku pun xtau knp tetiba tergerak hati..

ni bukan luahan perasaan ye..hehe..aku taknak luah perasaan kat blog ni..biarlah hanya aku dan DIA yang tahu...em,xpe kan gna ganti diri "aku"?maaf lah kalo kasar skit..

aku keliru dengan istikharah yang aku buat sebelum ni..mungkin aku tak istiqamah kot..em,ada sesiapa boleh tolong tak??http://www.emocutez.com huhu..semua senyap...maaf la..merapu skit..jumpa lagi pada post yang akan datang..insyaALLAH...jom tido... http://www.emocutez.com

Tuesday, September 13, 2011

Mencari yang HALAL....


BERIKUT MERUPAKAN NICK NAME LAIN UNTUK BABI ATAU KHINZIR, APABILA ANDA MEMBELI MAKANAN, JIKA DIDALAM INGREDIENTS TERDAPAT SALAH SATU NAMA-NAMA INI,MAKA ANDA PERLU BERHATI

-Pork: Istlah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

-Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi

-Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg

-Hog: Istlah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg

-Porcine: Istlah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

-Boar: Babi liar

-Sow: Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan

-Lard: Lemak babi yang biasanya digunakan untuk membuat minyak masak dan membuat sabun

-Bacon: Istilah yang digunakan untuk daging babi salai, atau daging babi yang diperap dengan garam. Istilah bacon juga digunakan untuk daging salai haiwan selain babi

-Ham: Daging paha babi yang biasanya telah disalai atau diasapkan.



MENCARI YG HALAL ITU FARDHU..^_^ moga bermanfaat...insyaALLAH..

Saturday, September 3, 2011

★..SEBELUM MENJADI ISTERI..★





Terus BERDOA, agar perancangan kami dan perancanganNya selari…
Bukan mudah menjaga fikir dan hati…
NAFSU perlu DIDIDIK..bila fikiran ‘terjauh’ melayang, kena cepat-cepat ISTIGHFAR dan kembali…
Takut-takut REDHA Allah yang dicari, tapi MURKA Allah datang tidak disedari…
Harap si dia FAHAM tujuan 'menyepi'…
Membenteng hati selagi belum sah suami isteri…
Nak latih SABAR jadi kekuatan diri…
Dan cari MASA sebanyak mungkin bersama Allah, Tuhan penguasa Bumi…
Lepas jadi isteri, banyak peranan, kot-kot jadi extra-busy…
Masa qiam dan tahajjud entah-entah dah lari…
Semoga kelelahan sabar terbayar nanti…
Rumahtangga SAKINAH, kebahagiaan hakiki, syurga duniawi..

insyaALLAH...

Sunday, August 14, 2011

::ku serahkan segalanya pada MU::



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM....

Ya Allah...

Yang Maha Pemurah...

Terima kasih Engkau telah menciptakan dia...

dan mempertemukan ku dengannya.


Terima kasih untuk saat-saat indah..

yang dapat kami nikmati bersama.


Terima kasih untuk setiap pertemuan

yang dapat kami lalui bersama.


Ku datang bersujud dihadapanMU...

Sucikan hati ini ya Allah ...

Sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMU dalam hidupku..


Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,

Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya...

Janganlah biarkan ku, melabuhkan hati ku dihatinya..

Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan jauhkan dia dari relung hatiku...

Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam didada ini dengan kasih dari padaMU yang tulus murni...

dan tolonglah agar dapat ku mengasihinya sebagai sahabat.


Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku ya Robb...

Maka satukan lah hati kami...

Bantulah diriku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya...

Berikan ku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya...

Ridhoi dia...

Agar dia juga mencintai, mengerti dan mau menerima diri ini dengan segala kelebihan dan kekuranganku

Sebagaimana telah Engkau ciptakan...

Yakinkanlah dia agar sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan duka dengan diriku...


Ya Allah Maha Pengasih, dengarkanlah doaku ini...

Lepaskanlah diri ini dari keraguan ,biarkan diri ini hanya menurut kasih dan kehendakMU...


Ya Allah yang Maha kekal,

Engkau yang senantiasa memberikan yang terbaik untukku...

Luka dan keraguan yang ku alami, pasti ada hikmahnya.

Pergumulan ini mengajarkan ku untuk hidup makin dekat kepadaMU untuk lebih peka terhadap suaraMU yang membimbing ku menuju terangMU...

Ajarkan ku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan....

Jadikanlah kehendakMU dan bukan kehendak ku yang menjadi dalam setiap bagian hidupku...

Ya Allah, Hanya Engkau yang Maha mendengar dan mengabulkan permohonanku.


Aamiin ya Robb..



Semoga bermanfaat



Salam Ukhuwah fillah

(Arif Ashadi Rindu Ibu)

sebuah kisah benar:abang2 mereka hanya membiarkan adik2 mereka di cabul kehormatan di depan mata mereka sendiri...




Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi picnic di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpicnic, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah kita bawa berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya!!! Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan.” Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,”Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.”

Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi.” Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

“Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.” Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.

“Hoi monyet…senyaplah… pengkhianat!” Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kononnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.”

“Selamatkan adik kami yang kelemasan.”

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kononnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner “Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi lalu mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal iaitu,”Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan”… adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik….

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

catatan :

+ adik perempuan itu bernama Palestin.

+ adik lelaki itu bernama Iraq.

+ abang-abang itu Pengerusi OIC & negara-negara Arab yang kaya raya

+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.

+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam

+ bapa yang mati dibunuh itu Khalifah Uthmaniyah

+ mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC

+pendatang haram tersebut ialah Yahudi,Amerika Syarikat,Zionis dan sekutunya.


From: Note facebook (Zameer Fisabilillah)

Thursday, August 11, 2011

SELOKA CINTA REMAJA.....

apa nak jadi dengan manusia,
semua benda nak kongsi bersama,
air segelas minum berdua,
konon setia katanya.
Yang lagi dahsyat,
berjalan kemana-mana pun nak berdua,
dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,
macam belangkas sentiasa berdua.
Inilah bahana orang bercinta,
bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.
Inilah sekarang punya remaja,
maaf andai terkasar bahasa,
bukan mengutuk bukan mengata,
semuanya realiti benar belaka.
Ada yang kata cinta itu buta...betul ke?
Kalau buta dimana matanya?
Ada yang kata cinta itu gila...
macam-macam pengertian remaja,
pening kepala dibuatnya.
Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,
untuk buat suka-suka,
untuk seronok-seronok saja.
Ada yang kata cinta itu,
C - cinta
I - itu
N - nikmati
T - tubuh
A - anda
tak ke melampau namanya?!
Manusia manusia...
Muda-muda dah gatal nak bercinta,
konon dah cukup remaja,
tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,
dah tak tau nak cakap apa,
kalau ditegur bukannya nak dengar kata,
bila nasihat ada-ada saja jawapannya..
darah muda... macam tu la gayanya...
Mula-mula kenal sms dan chat saja,
bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa
dari berkawan jadi bercinta.
Bila dah bercinta...
Bila dah bercinta macam2 ragamnya,
sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,
itulah kata-kata manis si dia.
Bila berjumpa nak berdua aja,
konon nak privasi katanya,
dia tak tau ada orang ketiga,
yelah benda tak nampak di mata.
Mula-mula bercinta semua cantik di mata,
yang panas pun sejuk katanya.
Manusia manusia...
Inilah permainan dunia...
benar kata orang cinta itu buta,
tapi kalau buta dimana matanya...
Inilah yang buat aku tertanya-tanya.
Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,
cinta takkan dapat kalau tak diberi...
Betul ke?
Sukar untuk aku percaya...
Tapi inilah hakikatnya.
Mind is the greatest gift,
gunakan lah sebaiknya.
Cintailah Yang Maha Mencintai...


Wednesday, May 25, 2011

HANYA PADA MU YA ALLAH.....


Bila dirimu terasa gelisah dan resah, pandanglah ke langit, berbicaralah dengan ALLAH, dan pohonlah kepada-NYA akan ketenangan hati dan petunjuk sebuah kebenaran yang kau cari, sesungguhnya ALLAH pasti akan berbicara denganmu kembali, melalui pelbagai cara yang DIA kehendaki

Tuesday, May 24, 2011

UNTUK DIRINYA......




Bismillahirrahmanirrahiim.......
Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh.......

Segala puji bagi ALLAH ...Tuhan semesta alam....selawat dan salam buat insan mulia,Rasulullah S.A.W....
Untuk mu yang ingin menjadikan diriku sebagai pendamping hidupmu....sebelum engkau benar-benar hadir dalam hidupku....inginku bertanya kepada mu.....

 Adakah engkau sanggup menerima ku sebagai isteri,jika tidur lenamu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat pada NYA?
 Adakah engkau sanggup jika aku tak sudi menjadi makmum mu untuk solat subuh?kerana aku ingin engkau solat berjemaa’h di masjid....
 Adakah engkau sanggup, jika selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah,aku tak benarkan engkau tidur?...kerana aku ingin dirimu menghidupkan majlis taklim antara diriku dan dirimu....
 Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin membaca mathurat bersamamu?
 Adakah engkau sanggup bersamaku menghidupkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan kita nanti?
 Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu dan membawa mu lebih dekat pada NYA?
 Adakah engkau sanggup jika aku meminta mu menceritakan kisah sirah Rasulullah dan para sahabat kepada anak-anak kita kelak?
 Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan dengan ku yang bertudung labuh,berbaju longgar,dan seringkas yang mungkin di hadapan hamba-hamba NYA yang lain..?
 Adakah engkau sanggup jika masakan ku tidak sesedap yang kau harapkan?
 Adakah engkau sanggup jika layanan ku kekok terhadap mu?
 Adakah engkau sudah bersedia membantu aku menjadi wanita syurga?
 Dan soalan terakhir.....ADAKAH ENGKAU SUDAH benar-benar BERSEDIA MEmikul ‘AMANAH ‘ DARI TUHAN MU,TUHANKU DAN TUHAN SEMESTA ALAM INI?

Sunday, May 1, 2011

KERANA CINTA AKU MENEMUI CINTA-NYA



Aku mengaku cintaku adalah milik ALLAH namun benarkah ia milik ALLAH????.....

Akhirnya ujian membuktikan cinta datang jua.. Aku mengaku aku sudah tidak mampu untuk menempuh nya.. Namun ku tetap kuatkan langkah ku..Cuba untuk menepis rasa yang datang tanpa ku sedari..Terasa terlalu indah nikmat kasih sayang dari makluk ciptaan ALLAH..

Dalam kesibukan aku dengan dunia Dakwah yang baru sahaja aku terokai dengan penuh nikmat yang tersembunyi, timbul rasa kagum dengan kekentalan jiwa Dia yang sarat dengan roh islam.. Aku mula mengatur langkah untuk bersama Dia dalam perjuangan.. Ya..ku rasakan Dia lah orang ku cari selama ini.. Aku seronok bila dapat mendengan bait-bait dari kata-kata Dia. Penuh degan semangat dan roh perjuagan.Bisa membuatkan hati yang lemah bangkit kembali.Bisa menyalakan kembali semangat yang kian malap. Rasa itu bukan dari aku sahaja..sahabat-sahabat juga turut merasainya.. Hingga ada sahabat akan merasa rindu jika tidak mendengarnya.
Mungkin rasa kagum terhadap Dia muncul kerana perasaan aku yang terlalu lama menanti seorang pejuang yang penuh semangat..Aku sudah rimas untuk terus berhadapan dengan pejuang yang lesu dan kian malap..

Ya... Aku mengaku aku senang bekerja dengan Dia.. Dia tidak pernah kata 'TIDAK" jika aku meminta.. Tidak pernah menunjukkan kepenatan walaupun aku tahu Dia terlalu penat.. Aku sedayanya ingin membantu namun ada halangan yang menjarakkan kami..aku sedar hakikat itu.. aku bantu sekadar mampu..

Banyak perkara yang kami lakukan bersama.. Aku mula mengenali Dia dari sudut yang berbeza.. Jika dulu aku mengenali Dia melalui apa yang aku lihat dan aku dengar dari orang lain..Namun kini aku berpeluang mengenalinya dari dalam diri Dia.. Dia seorang yang terlalu sabar... Aku tahu Dia terlalu banyak bersabar dengan kerenah aku...Thanks ea sbb sabar dgn aku ..

Dari kejahuan aku memandang Dia.. Dia masih mampu tersenyum walaupun aku tahu Dia diuji dengan ujian yang berat.. berhadapan dengan orang yang menentang dan banyak mengkritik Dia.. Namun aku masih mampu melihat ketabahan dan kekentalan jiwanya.. Tidak sekali Dia mengeluh namun langkah Dia makin gagah menempuh ujian itu.. Aku hanya mampu memandang tanpa mampu berbuat apa2 untuk meringankan bebannya... aku hanya mampu mberi kata-kata sahaja..mengharapkan dengan kata-kata itu dapat meringgankan beban yang ditanggung Dia.. Aku juga mampu meminta agar sahabat2 menadah tangan berdoa agar ALLAH munyuntikn kekuatan iman Dia dalam menghadapi ujian ini.. Kadang2 aku yang mengalirkan air mata melihat ujian yang tpaksa ditanggung oleh Dia..

Dalam keasyikan memandang kekantalan Dia, aku tidak terlepas dari ujian yang sama.. Namun ujian aku sangat kecil berbanding ujian yang Dia tanggung..Ibarat semut kecil d padang pasir yang luas. aduh!!!!!
sukar untuk bangkit dan mencari kekuatan.. aku adalah pejuang yang amat lemahh..cepat jatuh kerana kata-kata orang..apa pun kata-kata Dia mampu membangkitkan aku..teringat lagi sebaris ayat yg nampak simple namun memberi erti buat aku.."jangan berbicara soal perjuangan jika takut dengan risiko"...
sebaris ayat yang pendek itu tapi banyak menemani aku ketika aku jatuh dalam perjuangan aku..

kerana kasih sayang yg kukecapi ku mula mencri cintaNYA yg Agung..aku tidak terlepas dari menikmati cinta ALLAH yang amat indah..kini hidupku penuh di hiasi dgn cinta ALLAH..Pada ALLAH ku mengadu segala rasa..Ya ALLAH sampaikan semua rasa hati ku pada Dia agar Dia sentiasa ada untuk ku..menjadi yang halal dan dapat sama-sama menjadi penguat semangat dalam perjuangan..

kini Dia tetap di hati..menjadi inspirasi dalam perjuangan.. sebagai penguat semagat di kelelahan dalam perjuangan.Aku hanya mampu menyusun bait-bait doa agar Dia sentiasa di jalan Dakwah..agar Dia kuat mengharungi kehidupan yang penuh mehnah dan fitnah dalam perjuangan..
Tuhan seandainya aku diberikan kesempatan waktu izinkan aku menjadi penguat semangat Dia yang halal..aku serahkan Dia padamu YA ALLAH..periharalah dia untukku..

Saturday, March 12, 2011

~LURUSKAN HATIKU YA ALLAH~


Ya ALLAH

Dengan berkat Nabi-MU

Dan berkat guruku

Luruskanlah hatiku

Agar aku ikhlas selalu

Tetapkanlah hatiku

Agar aku tidak tergugat

Dengan ujian yang menimpa








Ya ALLAH

Tuhan yang mencipta hati

bersihkanlah hatiku

Agar mazmumahku

Tidak merosakkan agamaku

Dan juga tidak merosakkan

Kehidupan orang lain








Wahai Tuhan…

Yang membolak balikkan hati

Kuatkanlah hatiku

Agar keyakinanku tidak berubah

Supaya aku sentiasa tabah








Tuhan…

ENGKAU rasakanlah hatiku

Sentiasa bersama-MU

Supaya aku rasa

Ada kawan melindungiku

Agar aku tak rasa sepi

Di dalam hidupku

Dan merasa malu

Melanggar perintah

Dan sentiasa siap sedia

Melaksanakan perintah-MU








Ya ALLAH…

Tuhan yang menjaga hati

Lindungilah hatiku

Agar seluruh hidupku menjadi baik

Supaya tidak khianat

Dan tidak fasad

Dan tidak berdendam

Sesama manusia








Tuhan…

Limpahkanlah ke dalam hatiku

Ilmu dan hikmah

Sehingga aku dapat menyuluh hati

Dan menyuluh kehidupanku

Supaya zahir batinku menjadi taat








Tuhan…

Aku harap ENGKAU

Kabulkanlah doaku ini…

Thursday, January 13, 2011

tewaskah aku??




Bismillahirrahmanirrahim...



ya RABBUL ‘IZZATI....

pandulah hatiku..

agar tidak terlalai dengan permainan ini

agar aku kembali celik

janganlah kau butakan hati dan mataku...


teman...

“tegur aku jika aku mulai lari,

tegur aku jika aku mulai leka

tegur aku jika mulai salah..”

tegur..dan tegurlah..

aku sangat memerlukan teguran daripadamu...


sesungguhnya aku seringkali terlelap..

aku seringkali kalah...

tewaskah aku dengan permainan ini?

aku masih butuh tarbiyah daripadamu..

tautkanlah hatiku hanya PadaMU...

astaghfirullahal’azim...


~anis humaira~

Wednesday, January 12, 2011

anda yang mana satu???




Tiada agenda yang lebih besar daripada agenda mengingati Allah

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin
i

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah...

Marilah kita berMUHASABAH
Dimanakah solat kita?
Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?
Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.
Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita?
Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain...


Posted by nur

mujahidah....teruskan mujahadahmu.....





Bismillahhirrahmanirrahim...
buatmu...mujahidah..


Wahai mujahidah,
Bila ku melihat semangatmu yang berkobar-kobar
Hatiku pun ikut tercabar
Tercabar kerna ingin menjadi sepertimu

Kental semangatmu tidak disangsi
Tidak mengenal apa erti putus asa
Setiap kekurangan cuba kau perbaiki
Setiap kelemahan cuba kau atasi
Setiap kesilapan cuba kau hadapi

Aku bangga melihatmu
Seorang mujahidah yang berjuang
Demi untuk menolong Tuhanmu
Dan menjunjung sunnah nabimu

Halangan, cabaran, tohmahan kau tolak ke tepi
Semakin dicaci semakin teguh kau berdiri
Usahkan mundur
Setapak pun tak mungkin berundur
Sucinya hatimu wahai mujahidah

Seluruh masa, harta, tenaga dan usahamu
Ikhlas kau salurkan untuk-Nya
Keyakinanmu untuk mengembalikan
Islam kembali Pasti menjadi realiti
Hakikat itu pasti terjadi

Walaupun mungkin hayatmu tak kesampaian
Untuk menatap saat-saat kegemilangan
Namun itu bukan penghalang bagimu
Perananmu sudah kau laksanakan
Terserah kepada yang Esa untuk menentukannya
Berusahalah dan teruslah berusaha
Serahkan hasilnya kerana ia milik-Nya

Usah disesali harta yang telah kau infakkan
Usah ditangisi masa yang telah kau sumbangkan
Keyakinan terhadap janji Tuhanmu
Penawar bagi segala kedukaanmu

Syurgalah tempatmu
Istanamu teguh berdiri di sana
Para anbiya dan sahabat teman bicaramu
Pakaian indah pembalut tubuhmu
Makanlah dan minumlah semahumu
Semua untukmu Hanya untukmu
Yakinlah wahai mujahidah tercinta

~nur fisabilillah~

Saturday, January 8, 2011

kerana cinta...aku menemui CINTANYA...^_^



Aku mengaku cintaku adalah milik ALLAH namun benarkah ia milik ALLAH????.....

Akhirnya ujian membuktikan cinta datang jua.. Aku mengaku aku sudah tidak mampu untuk menempuh nya.. Namun ku tetap kuatkan langkah ku..Cuba untuk menepis rasa yang datang tanpa ku sedari..Terasa terlalu indah nikmat kasih sayang dari makluk ciptaan ALLAH..

Dalam kesibukan aku dengan dunia Dakwah yang baru sahaja aku terokai dengan penuh nikmat yang tersembunyi, timbul rasa kagum dengan kekentalan jiwa Dia yang sarat dengan roh islam.. Aku mula mengatur langkah untuk bersama Dia dalam perjuangan.. Ya..ku rasakan Dia lah orang ku cari selama ini.. Aku seronok bila dapat mendengan bait-bait dari kata-kata Dia. Penuh degan semangat dan roh perjuagan.Bisa membuatkan hati yang lemah bangkit kembali.Bisa menyalakan kembali semangat yang kian malap. Rasa itu bukan dari aku sahaja..sahabat-sahabat juga turut merasainya.. Hingga ada sahabat akan merasa rindu jika tidak mendengarnya.
Mungkin rasa kagum terhadap Dia muncul kerana perasaan aku yang terlalu lama menanti seorang pejuang yang penuh semangat..Aku sudah rimas untuk terus berhadapan dengan pejuang yang lesu dan kian malap..

Ya... Aku mengaku aku senang bekerja dengan Dia.. Dia tidak pernah kata 'TIDAK" jika aku meminta.. Tidak pernah menunjukkan kepenatan walaupun aku tahu Dia terlalu penat.. Aku sedayanya ingin membantu namun ada halangan yang menjarakkan kami..aku sedar hakikat itu.. aku bantu sekadar mampu..

Banyak perkara yang kami lakukan bersama.. Aku mula mengenali Dia dari sudut yang berbeza.. Jika dulu aku mengenali Dia melalui apa yang aku lihat dan aku dengar dari orang lain..Namun kini aku berpeluang mengenalinya dari dalam diri Dia.. Dia seorang yang terlalu sabar... Aku tahu Dia terlalu banyak bersabar dengan kerenah aku...Thanks ea sbb sabar dgn aku ..

Dari kejahuan aku memandang Dia.. Dia masih mampu tersenyum walaupun aku tahu Dia diuji dengan ujian yang berat.. berhadapan dengan orang yang menentang dan banyak mengkritik Dia.. Namun aku masih mampu melihat ketabahan dan kekentalan jiwanya.. Tidak sekali Dia mengeluh namun langkah Dia makin gagah menempuh ujian itu.. Aku hanya mampu memandang tanpa mampu berbuat apa2 untuk meringankan bebannya... aku hanya mampu mberi kata-kata sahaja..mengharapkan dengan kata-kata itu dapat meringgankan beban yang ditanggung Dia.. Aku juga mampu meminta agar sahabat2 menadah tangan berdoa agar ALLAH munyuntikn kekuatan iman Dia dalam menghadapi ujian ini.. Kadang2 aku yang mengalirkan air mata melihat ujian yang tpaksa ditanggung oleh Dia..

Dalam keasyikan memandang kekantalan Dia, aku tidak terlepas dari ujian yang sama.. Namun ujian aku sangat kecil berbanding ujian yang Dia tanggung..Ibarat semut kecil d padang pasir yang luas. aduh!!!!!
sukar untuk bangkit dan mencari kekuatan.. aku adalah pejuang yang amat lemahh..cepat jatuh kerana kata-kata orang..apa pun kata-kata Dia mampu membangkitkan aku..teringat lagi sebaris ayat yg nampak simple namun memberi erti buat aku.."jangan berbicara soal perjuangan jika takut dengan risiko"...
sebaris ayat yang pendek itu tapi banyak menemani aku ketika aku jatuh dalam perjuangan aku..

kerana kasih sayang yg kukecapi ku mula mencri cintaNYA yg Agung..aku tidak terlepas dari menikmati cinta ALLAH yang amat indah..kini hidupku penuh di hiasi dgn cinta ALLAH..Pada ALLAH ku mengadu segala rasa..Ya ALLAH sampaikan semua rasa hati ku pada Dia agar Dia sentiasa ada untuk ku..menjadi yang halal dan dapat sama-sama menjadi penguat semangat dalam perjuangan..

kini Dia tetap di hati..menjadi inspirasi dalam perjuangan.. sebagai penguat semagat di kelelahan dalam perjuangan.Aku hanya mampu menyusun bait-bait doa agar Dia sentiasa di jalan Dakwah..agar Dia kuat mengharungi kehidupan yang penuh mehnah dan fitnah dalam perjuangan..
Tuhan seandainya aku diberikan kesempatan waktu izinkan aku menjadi penguat semangat Dia yang halal..aku serahkan Dia padamu YA ALLAH..periharalah dia untukku..

Friday, January 7, 2011

ikhlas



InsyaAllah pada post kali ini, saya ingin kongsikan tafsir surah al Ikhlas, suatu surah yang pendek tetapi besar makna dan pahala membacanya. Semoga silap dan salah, kekurangan, mohon rakan-rakan perbetulkan.

Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Jarir meriwayatkan daripada Ubai Ibn Ka'ab bahawa orang-orang musyrikin telah berkata kepada Rasulullah: "Wahai Muhammad! Sifatkan kepada kami Tuhan anda!" Maka Allah menurunkan surah al-Ikhlas.

Qatadah, Dakhkhak dan Muqatil berkata: "Beberapa orang Yahudi datang bertemu Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Sifatkan kepada kami Tuhan engkau (wahai Muhammad) kerana Allah telah menurunkan sifat-sifatNya di dalam Taurat. Ceritakan kepada kami Dia dari apa? Dia dari jenis mana? Adakah Dia emas, tembaga atau perak. Adakah Dia makan dan minum? Dari siapa Dia mewarisi dunia atau mewariskan dunia ini kepada sesiapa.

Dalam rangka menjawab soalan mereka maka Allah menurunkan surah ini menjelaskan tentang sifat-sifat Allah secara khusus.

"Katakanlah (ya Muhammad) Dialah Allah yang Maha Esa. Allah tempat berharap. Tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tiada yang setara denganNya."
-Surah al Ikhlas-

Firman Allah bermaksud: "Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa". Ertinya, katakanlah wahai Rasulullah kepada mereka yang bertanya kepada kamu tentang sifat-sifat Tuhanmu: Dialah Allah yang satu, Esa pada zatNya dan sifatNya, tiada sekutu baginya. Tiada bandingan dan gandingan untukNya. Ini adalah sifat wahdaniyah dan penafian sekutu-sekutu.

Firman Allah bermaksud: "Allah tempat berharap". Allah tempat bergantung dan memohon hajat keperluan. Justeru Allah sahaja yang Maha Berkuasa untuk memenuhinya. Allah tempat makhluk mengadu, tiada seorang pun yang tidak memerlukan Allah. Namun, Dia tidak pula memerlukan mereka. Ini menyanggah keyakinan orang musyrikin Arab dan lain-lain tentang kewujudan perantaraan atau orang tengah dan para pemberi syafaat.

Ibn Abbas berkata ketika mentafsirkan makna "As-samad" ertinya yang menjadi tempat menggantungkan harapan makhluk untuk memenuhi keperluan dan menyelesaikan permasalahan mereka. Dia Penguasa yang amat sempurna penguasaanNya. Dialah Allah Maha Mulia yang amat sempurna kemuliaanNya. Dia juga yang Maha Hebat yang amat sempurna kehebatanNya. Dia Maha Penyantun yang paling sempurna kesantunanNya. Dia Maha Mengetahui dengan pengetahuanNya. Allah Maha Bijaksana yang amat sempurna kebijaksanaanNya. Dialah yang Maha Sempurna dalam segala jenis kemuliaan, kejituan dan kekuaasaan. Inilah sifat-sifat Allah. Segala kemuliaan dan keunggulan adalah milikNya. Tiada yang dapat menandingi Allah dan tiada pula yang menyamaiNya. Maha Suci Allah yang Maha Esa dan Maha Perkasa.

Firman Allah "Tidak beranak dan tidak diperanakkan", ertinya tidak akan lahir dariNya anak. Tiada suatu pun yang lahir dari Allah kerana Dia tidak sejenis dengan sesuatu yang lain, kerana Dia sedia ada dan bukan sesuatu yang baru. Tidak ada permulaan bagi kewujudan Allah. Dia disifatkan sebagai sedia ada dan yang awal serta menafikan sifat baru.

Bahagian pertama ayat ini menafikan kewujudan anak bagi Allah dan menyanggah orang-orang musyrikin yang menyangka kononnya para malaikat merupakan anak-anak perempuan Allah. Ayat tersebut juga menyanggah pandangan orang Yahudi yang menyangka Uzair sebagai anak Allah. Ia juga menyanggah pandangan orang Nasrani yang menyangka Isa adalah anak Tuhan. Bahagian kedua pula menafikan kewujudan bapa bagi Allah dan menafikan bahawa kewujudan Tuhan didahului oleh keadaan tiada.

Firman Allah bermaksud "Dan tidak ada yang setara denganNya". Tiada siapa yang menyamai Allah, menyerupaiNya dan berkongsi denganNya. Ini menafikan kewujudan teman dan membatalkan iktiqad orang musyrikin Arab bahawa Allah mempunyai gandingan dalam setiap perlakuanNya.

"Tidaklah wajar bagi al-Rahman untuk mempunyai anak. Padahal segala sesuatu yang dilangit dan dibumi semuanya datang ke hadrat Allah sebagai hamba. Dia telah mengira, menghitung dan Maha Tahu bilangan mereka. Setiap makhluk berkenaan akan tampil menemuiNya bersendirian"
-surah Maryam, ayat 82-95-

Bukhari dan Abdul Razzaq meriwayatkan daripada Abi Hurairah, dari Nabi s.a.w. bersabda:
"Firman Allah Taala: HambaKu telah membohongiKu. Dia tidak sepatutnya berkelakuan begitu. HambaKu telah mencelaKu sedangkan dia tidak sepatutnya begitu. Adapun pembohongannya terhadapKu ialah mereka yang berkata 'Allah tidak akan mencipta diriku semula sebagaimana Dia mula menciptaku', sedangkan mencipta awal kejadian tidaklah lebih senang dari mengulangi kejadiannya. Manakala celaannya terhadapKu ialah kata-kata mereka ' Allah mempunyai anak' sedangkan Aku Esa dan tempat manusia berharap. Aku tidak melahirkan anak dan tidak dilahirkan. Tiada seorang pun yang setanding denganKu."

Tafsir diatas saya ambil daripada Tafsir al-Munir oleh Dr. Wahbah al-Zuhaily. Surah al-Ikhlas ini membicarakan tentang tauhid yang tulus dan suci terhadap Allah SWT, suci dari sebarang kekurangan dan bebas daripada sebarang penyukutuan.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan serba sedikit input kepada rakan-rakan, agar kita sentiasa memperkuatkan iman dan yakin dengan kesempurnaan sifat Allah.

copy n paste dari blog akhi munir....

Tuesday, January 4, 2011

puisi cermin....




Siapa dia? Siapa diri ini?



Tatkala ku menghadap sebuah cermin
Tampak sesusuk tubuh
Yang sangat lama kukenal
Dan sangat sering kulihat



Namun aneh
Aku semacam belum mengenal
Siapa yang ku lihat itu??


Siapakah dia itu?
Siapakah dia itu?



Tatkala kutatap wajahnya
Hatiku bertanya
Apakah wajah itu wajah yang kelak akan bercahaya
Bersinar indah di syurga sana?
Ataukah wajah itu yang akan hangus legam di neraka Jahannam?



Tatkala kutatap mata
Lubuk hatiku berbisik bertanya
Mata itukah yang akan menatap
Allah Robbul ‘Alamin
Rasulullah Habibullah
Para sahabat Radhiallahuajm’in
Menatap dengan penuh kenikmatan dan kerinduan?
Ataukah mata ini yang akan terbeliak
Melutut, menganga terburai menatap neraka jahanam
Seksaan yang amat dahsyat?



Apakah mata yang tak terlepas melihat maksiat ini
Akan terselamat dari azab di sana nanti?



Wahai mata…
Apakah yang tatap dan lihat
selama engkau hidup di muka bumi ini?



Tatkala kutatap mulut
Apakah mulut itu
Yang kelak akan berkumit-kumit penuh keyakinan
Mengucapkan Laailaaha Illallah
Di saat malaikat maut datang menjemput?



Ataukah menjadi mulut menganga
Dengan lidah Terjulur
Dengan jeritan bingit memekik
Bergetar menakutkan setiap pendengar yang ada
Di saat sakaratul maut datang menjelma…



Ataukah mulut itu menjadi pemakan buah zaqqum Jahanam
Yang amat dahsyat
Menjadi pembakar, penghangus kerongkong dan usus



Wahai mulut yang malang
Apakah perkara yang engkau ucapkan?
Tipu daya, perkataan dusta, umpat caci, carut mencarut?



Berapa banyak dusta yang engkau ucapkan?
Berapa banyak hati-hati yang remuk hancur luluh
Dengan pisau kata-katamu yang menghiris tajam?
Berapa banyak kata-kata manis semanis madu yang palsu
Yang engkau ucapkan untuk menipu



Wahai mulut yang malang
Sedarkah engkau
Betapa engkau jarang sekali
Menyebut memuji nama Tuhanmu dengan tulus
Betapa jarangnya engkau
Dengan syahdu dan ikhlas
Bermohon agar tuhanmu mengampuni mu



Tatkla kutatap tubuh
Apakah tubuh itu yang kelak akan penuh cahaya
Bersinar, bersukacita, bercengkerama di syurga?



Atau tubuh itu yang akan tercarik-carik hancur
Mendidih di dalam lahar membara jahannam
Kemudian bercantum semula
Menanggung derita yang tak akan pernah berakhir



Wahai tubuh
Berapa banyak maksiat yang telah engkau lakukan?
Berapa banyak orang yang telah engkau khinati dan zalimi
Berapa banyak hamba Allah yang lemah
Yang telah engkau tindas dengan kekuatanmu
Berapa banyak orang datang meminta pertolongan
Tapi engkau buat acuh tak acuh tanpa peduli
Padahal engkau mampu menolong
Berapa banyak pula hak-hak orang lain yang engkau rampas?



Ketika kutatap mu wahai tubuh
Seperti juga ku renung akan isi hatimu
Apakah isi hatimu sebagus kata-katamu?
Atau sebagus daki-daki yang melekat ditubuhmu?



Apakah hatimu segagah ototmu?
Atau ia selemah daun-daun yang mudah layu berguguran



Apakah hatimu seindah penampilanmu?
Ataukah sebusuk kotoran pada pakaianmu?



Apa yang terzahir nampak dicermin
Dengan apa yang tersembunyi
Betapa ianya berbeza…



Apa yang terzahir nampak dicermin
Dengan apa yang tersembunyi
Betapa aku telah tertipu
Aku tertipu oleh topeng itu



Betapa yang kulihat selama ini hanyalah topeng
Hanyalah topeng yang menipu belaka
Betapa pujian yang terhambur hanyalah memuji topeng yang ada
Betapa semua yang indah itu
Hanyalah topeng yang menipu



Sedangkan aku . . .
Hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus
Aku tertipu…
Aku malu ya Allah . . .



Aku tertipu
Tertipu kerana nafsu diriku



Wahai Allah . . .
Selamatkanlah aku.




sumber: Halaqah.net . . copyright blog pakarHowto

Aku Insan Lemah: Wanita Idaman

Aku Insan Lemah: Wanita Idaman

aku perlukan kekuatan....



Ya Allahu Ya Aziz, 

Aku hambamu yang lemah, 
Hati ini memerlukan kekuatan, 
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup, 
Yang sukar dibatasi, 
Kerna kemodenan arus duniawi, 
Yang semakin hapus kearah ukhrawi. 

Ya Allahu Ya Malik, 
Pohon ku di dunia ini, 
Kuatkan semangat hambamu yang beriman, 
Dalam mengatur langkah di dunia ini, 
Agar mereka menjadi contoh, 
Teladan kepada setiap insan, 
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu. 

Ya Allahu Ya Qahhar, 
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini, 
Teguhkanlah iman mereka, 
Agar mereka terus menerus memujiMu, 
Izinkan mereka mendapat hidayahMu, 
Sebenar-benar hidayah. 
Penuhilah hati para muslim, 
Dengan limpahan hidayah mu yang agung, 
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah. 

Ya Allahu Ya Hafiz, 
Peliharalah hati kami ini, 
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat, 
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia, 
Limpahilah hati kami dengan iman, 
Peliharalah kami dari kesesatan dunia, 
Yang dipenuhi segala mara bahaya. 

Ya Allahu Ya Mujib, 
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini, 
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu, 
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.
Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,

Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.
Berilah kekuatan untuk hambaMu ini, 

Untuk meneruskan perjuangan ini, 
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.

Sunday, January 2, 2011

seorang gadis itu



Gadis..
Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati...
Telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya...



Seorang gadis itu...
Hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi... Cinta untuk dirasa...
Namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong pahlawan-pahlawan dunia... Begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu..
Teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini... Dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap nikmatNya ...

Seorang gadis itu...
Bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman Rasulullah, pengubat duka dan laranya... Bijaksana ia menyimpan ilmu, si teman bicara, dialah Aishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah...

Seorang gadis itu...
Bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLAH memuji... Seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah... Kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda... Ampuh dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syahid menyahut panggilan Allah.



Seorang gadis itu...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara... Dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya... Dengan yakin Deennya, dengan teguh aqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia, pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga dan ummahnya...

Seorang gadis itu...
Melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan.. Perlu keyakinan dan penghargaan, tanpa jemu dan tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan...



Seorang gadis itu...
Yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... Dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerana dihambur ucap kata nista, hanya kerana dunia memperdaya... Kerana seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini... Perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah dan kalah dalam pertarungan yang lama... Dari rebah dan salah dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, nikmat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan..
Seorang gadis itu ...
Anugerah istimewa kepada dunia!



Seorang gadis itu...
Tinggallah di dunia, sebagai abidah, mujahidah dan pejuang ummah ... Anak ummi dan abah, muslimah yang solehah... Kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah...



Seorang gadis itu ...
Moga akan pulang dalam cinta dan dalam kasih sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan... Seorang gadis itu mesti dalam kebahagiaan! Moga Yang Maha Pengasih melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu...
Menuju cintaNYA yang ABADI..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...