Saturday, October 22, 2011
bila penaku berbicara cinta...
Assalamua’laikum pembuka bicara,
Bicara diserikan dengan senyuman,
Izinkan diriku berbicara tentang cinta,
Semoga bermanfaat buatmu teman.
Ia anugerah dari yang Esa,
Buat kita yang bergelar hamba,
Bagi menghubungkan sesame kita,
Agar ukhuwah terjalin sentiasa.
Ramai mulut berbicara cinta,
Namun tak semua faham maksudnya,
Cinta kini hanya mainan,
Oleh mereka yang menjadikan nafsu sebagai tuhan.
Mencintai seseorang tiada salahnya,
Kerana ia adalah fitrah ciptaan yang Esa,
Namun jangan berharap pada yang belum pasti,
Kelak mengundang kecewa di hati.
Pabila cinta hadir bukan pada masanya,
Janganlah diluahkan pada si dia,
Kerana bukan kita yang mengatur segala,
Sebaiknya serahkan rasa itu pada yang Esa.
Pagar dibina menjaga rumah,
Agar terhindar dari penceroboh,
Syariat dicipta menjaga cinta,
Agar kesuciannya terpelihara sentiasa.
Cinta Illahi cinta abadi,
Cinta insani umpama mimpi,
Ramai mengaku cintakan Illahi,
Tapi masih mengejar cinta insani.
Mengapakah begitu wahai diri?
Cepat-cepatlah muhasabah diri,
Mari serahkan cinta pada Illahi,
Kelak bahagia hingga ke mati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment