Thursday, January 13, 2011
tewaskah aku??
Bismillahirrahmanirrahim...
ya RABBUL ‘IZZATI....
pandulah hatiku..
agar tidak terlalai dengan permainan ini
agar aku kembali celik
janganlah kau butakan hati dan mataku...
teman...
“tegur aku jika aku mulai lari,
tegur aku jika aku mulai leka
tegur aku jika mulai salah..”
tegur..dan tegurlah..
aku sangat memerlukan teguran daripadamu...
sesungguhnya aku seringkali terlelap..
aku seringkali kalah...
tewaskah aku dengan permainan ini?
aku masih butuh tarbiyah daripadamu..
tautkanlah hatiku hanya PadaMU...
astaghfirullahal’azim...
~anis humaira~
Posted by bidadari at 9:22 PM 0 comments
Labels: muhasabah diri
Wednesday, January 12, 2011
anda yang mana satu???
Tiada agenda yang lebih besar daripada agenda mengingati Allah
Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.
Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.
Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin
i
Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.
Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.
Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )
Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah...
Marilah kita berMUHASABAH
Dimanakah solat kita?
Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?
Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.
Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita?
Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain...
Posted by nur
Posted by bidadari at 9:35 PM 0 comments
Labels: muhasabah diri
mujahidah....teruskan mujahadahmu.....
Bismillahhirrahmanirrahim...
buatmu...mujahidah..
Wahai mujahidah,
Bila ku melihat semangatmu yang berkobar-kobar
Hatiku pun ikut tercabar
Tercabar kerna ingin menjadi sepertimu
Kental semangatmu tidak disangsi
Tidak mengenal apa erti putus asa
Setiap kekurangan cuba kau perbaiki
Setiap kelemahan cuba kau atasi
Setiap kesilapan cuba kau hadapi
Aku bangga melihatmu
Seorang mujahidah yang berjuang
Demi untuk menolong Tuhanmu
Dan menjunjung sunnah nabimu
Halangan, cabaran, tohmahan kau tolak ke tepi
Semakin dicaci semakin teguh kau berdiri
Usahkan mundur
Setapak pun tak mungkin berundur
Sucinya hatimu wahai mujahidah
Seluruh masa, harta, tenaga dan usahamu
Ikhlas kau salurkan untuk-Nya
Keyakinanmu untuk mengembalikan
Islam kembali Pasti menjadi realiti
Hakikat itu pasti terjadi
Walaupun mungkin hayatmu tak kesampaian
Untuk menatap saat-saat kegemilangan
Namun itu bukan penghalang bagimu
Perananmu sudah kau laksanakan
Terserah kepada yang Esa untuk menentukannya
Berusahalah dan teruslah berusaha
Serahkan hasilnya kerana ia milik-Nya
Usah disesali harta yang telah kau infakkan
Usah ditangisi masa yang telah kau sumbangkan
Keyakinan terhadap janji Tuhanmu
Penawar bagi segala kedukaanmu
Syurgalah tempatmu
Istanamu teguh berdiri di sana
Para anbiya dan sahabat teman bicaramu
Pakaian indah pembalut tubuhmu
Makanlah dan minumlah semahumu
Semua untukmu Hanya untukmu
Yakinlah wahai mujahidah tercinta
~nur fisabilillah~
Posted by bidadari at 9:15 PM 1 comments
Labels: wanita
Saturday, January 8, 2011
kerana cinta...aku menemui CINTANYA...^_^
Aku mengaku cintaku adalah milik ALLAH namun benarkah ia milik ALLAH????.....
Akhirnya ujian membuktikan cinta datang jua.. Aku mengaku aku sudah tidak mampu untuk menempuh nya.. Namun ku tetap kuatkan langkah ku..Cuba untuk menepis rasa yang datang tanpa ku sedari..Terasa terlalu indah nikmat kasih sayang dari makluk ciptaan ALLAH..
Dalam kesibukan aku dengan dunia Dakwah yang baru sahaja aku terokai dengan penuh nikmat yang tersembunyi, timbul rasa kagum dengan kekentalan jiwa Dia yang sarat dengan roh islam.. Aku mula mengatur langkah untuk bersama Dia dalam perjuangan.. Ya..ku rasakan Dia lah orang ku cari selama ini.. Aku seronok bila dapat mendengan bait-bait dari kata-kata Dia. Penuh degan semangat dan roh perjuagan.Bisa membuatkan hati yang lemah bangkit kembali.Bisa menyalakan kembali semangat yang kian malap. Rasa itu bukan dari aku sahaja..sahabat-sahabat juga turut merasainya.. Hingga ada sahabat akan merasa rindu jika tidak mendengarnya.
Mungkin rasa kagum terhadap Dia muncul kerana perasaan aku yang terlalu lama menanti seorang pejuang yang penuh semangat..Aku sudah rimas untuk terus berhadapan dengan pejuang yang lesu dan kian malap..
Ya... Aku mengaku aku senang bekerja dengan Dia.. Dia tidak pernah kata 'TIDAK" jika aku meminta.. Tidak pernah menunjukkan kepenatan walaupun aku tahu Dia terlalu penat.. Aku sedayanya ingin membantu namun ada halangan yang menjarakkan kami..aku sedar hakikat itu.. aku bantu sekadar mampu..
Banyak perkara yang kami lakukan bersama.. Aku mula mengenali Dia dari sudut yang berbeza.. Jika dulu aku mengenali Dia melalui apa yang aku lihat dan aku dengar dari orang lain..Namun kini aku berpeluang mengenalinya dari dalam diri Dia.. Dia seorang yang terlalu sabar... Aku tahu Dia terlalu banyak bersabar dengan kerenah aku...Thanks ea sbb sabar dgn aku ..
Dari kejahuan aku memandang Dia.. Dia masih mampu tersenyum walaupun aku tahu Dia diuji dengan ujian yang berat.. berhadapan dengan orang yang menentang dan banyak mengkritik Dia.. Namun aku masih mampu melihat ketabahan dan kekentalan jiwanya.. Tidak sekali Dia mengeluh namun langkah Dia makin gagah menempuh ujian itu.. Aku hanya mampu memandang tanpa mampu berbuat apa2 untuk meringankan bebannya... aku hanya mampu mberi kata-kata sahaja..mengharapkan dengan kata-kata itu dapat meringgankan beban yang ditanggung Dia.. Aku juga mampu meminta agar sahabat2 menadah tangan berdoa agar ALLAH munyuntikn kekuatan iman Dia dalam menghadapi ujian ini.. Kadang2 aku yang mengalirkan air mata melihat ujian yang tpaksa ditanggung oleh Dia..
Dalam keasyikan memandang kekantalan Dia, aku tidak terlepas dari ujian yang sama.. Namun ujian aku sangat kecil berbanding ujian yang Dia tanggung..Ibarat semut kecil d padang pasir yang luas. aduh!!!!!
sukar untuk bangkit dan mencari kekuatan.. aku adalah pejuang yang amat lemahh..cepat jatuh kerana kata-kata orang..apa pun kata-kata Dia mampu membangkitkan aku..teringat lagi sebaris ayat yg nampak simple namun memberi erti buat aku.."jangan berbicara soal perjuangan jika takut dengan risiko"...
sebaris ayat yang pendek itu tapi banyak menemani aku ketika aku jatuh dalam perjuangan aku..
kerana kasih sayang yg kukecapi ku mula mencri cintaNYA yg Agung..aku tidak terlepas dari menikmati cinta ALLAH yang amat indah..kini hidupku penuh di hiasi dgn cinta ALLAH..Pada ALLAH ku mengadu segala rasa..Ya ALLAH sampaikan semua rasa hati ku pada Dia agar Dia sentiasa ada untuk ku..menjadi yang halal dan dapat sama-sama menjadi penguat semangat dalam perjuangan..
kini Dia tetap di hati..menjadi inspirasi dalam perjuangan.. sebagai penguat semagat di kelelahan dalam perjuangan.Aku hanya mampu menyusun bait-bait doa agar Dia sentiasa di jalan Dakwah..agar Dia kuat mengharungi kehidupan yang penuh mehnah dan fitnah dalam perjuangan..
Tuhan seandainya aku diberikan kesempatan waktu izinkan aku menjadi penguat semangat Dia yang halal..aku serahkan Dia padamu YA ALLAH..periharalah dia untukku..
Posted by bidadari at 11:29 PM 0 comments
Friday, January 7, 2011
ikhlas
InsyaAllah pada post kali ini, saya ingin kongsikan tafsir surah al Ikhlas, suatu surah yang pendek tetapi besar makna dan pahala membacanya. Semoga silap dan salah, kekurangan, mohon rakan-rakan perbetulkan.
Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Jarir meriwayatkan daripada Ubai Ibn Ka'ab bahawa orang-orang musyrikin telah berkata kepada Rasulullah: "Wahai Muhammad! Sifatkan kepada kami Tuhan anda!" Maka Allah menurunkan surah al-Ikhlas.
Qatadah, Dakhkhak dan Muqatil berkata: "Beberapa orang Yahudi datang bertemu Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Sifatkan kepada kami Tuhan engkau (wahai Muhammad) kerana Allah telah menurunkan sifat-sifatNya di dalam Taurat. Ceritakan kepada kami Dia dari apa? Dia dari jenis mana? Adakah Dia emas, tembaga atau perak. Adakah Dia makan dan minum? Dari siapa Dia mewarisi dunia atau mewariskan dunia ini kepada sesiapa.
Dalam rangka menjawab soalan mereka maka Allah menurunkan surah ini menjelaskan tentang sifat-sifat Allah secara khusus.
"Katakanlah (ya Muhammad) Dialah Allah yang Maha Esa. Allah tempat berharap. Tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tiada yang setara denganNya."
-Surah al Ikhlas-
Firman Allah bermaksud: "Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa". Ertinya, katakanlah wahai Rasulullah kepada mereka yang bertanya kepada kamu tentang sifat-sifat Tuhanmu: Dialah Allah yang satu, Esa pada zatNya dan sifatNya, tiada sekutu baginya. Tiada bandingan dan gandingan untukNya. Ini adalah sifat wahdaniyah dan penafian sekutu-sekutu.
Firman Allah bermaksud: "Allah tempat berharap". Allah tempat bergantung dan memohon hajat keperluan. Justeru Allah sahaja yang Maha Berkuasa untuk memenuhinya. Allah tempat makhluk mengadu, tiada seorang pun yang tidak memerlukan Allah. Namun, Dia tidak pula memerlukan mereka. Ini menyanggah keyakinan orang musyrikin Arab dan lain-lain tentang kewujudan perantaraan atau orang tengah dan para pemberi syafaat.
Ibn Abbas berkata ketika mentafsirkan makna "As-samad" ertinya yang menjadi tempat menggantungkan harapan makhluk untuk memenuhi keperluan dan menyelesaikan permasalahan mereka. Dia Penguasa yang amat sempurna penguasaanNya. Dialah Allah Maha Mulia yang amat sempurna kemuliaanNya. Dia juga yang Maha Hebat yang amat sempurna kehebatanNya. Dia Maha Penyantun yang paling sempurna kesantunanNya. Dia Maha Mengetahui dengan pengetahuanNya. Allah Maha Bijaksana yang amat sempurna kebijaksanaanNya. Dialah yang Maha Sempurna dalam segala jenis kemuliaan, kejituan dan kekuaasaan. Inilah sifat-sifat Allah. Segala kemuliaan dan keunggulan adalah milikNya. Tiada yang dapat menandingi Allah dan tiada pula yang menyamaiNya. Maha Suci Allah yang Maha Esa dan Maha Perkasa.
Firman Allah "Tidak beranak dan tidak diperanakkan", ertinya tidak akan lahir dariNya anak. Tiada suatu pun yang lahir dari Allah kerana Dia tidak sejenis dengan sesuatu yang lain, kerana Dia sedia ada dan bukan sesuatu yang baru. Tidak ada permulaan bagi kewujudan Allah. Dia disifatkan sebagai sedia ada dan yang awal serta menafikan sifat baru.
Bahagian pertama ayat ini menafikan kewujudan anak bagi Allah dan menyanggah orang-orang musyrikin yang menyangka kononnya para malaikat merupakan anak-anak perempuan Allah. Ayat tersebut juga menyanggah pandangan orang Yahudi yang menyangka Uzair sebagai anak Allah. Ia juga menyanggah pandangan orang Nasrani yang menyangka Isa adalah anak Tuhan. Bahagian kedua pula menafikan kewujudan bapa bagi Allah dan menafikan bahawa kewujudan Tuhan didahului oleh keadaan tiada.
Firman Allah bermaksud "Dan tidak ada yang setara denganNya". Tiada siapa yang menyamai Allah, menyerupaiNya dan berkongsi denganNya. Ini menafikan kewujudan teman dan membatalkan iktiqad orang musyrikin Arab bahawa Allah mempunyai gandingan dalam setiap perlakuanNya.
"Tidaklah wajar bagi al-Rahman untuk mempunyai anak. Padahal segala sesuatu yang dilangit dan dibumi semuanya datang ke hadrat Allah sebagai hamba. Dia telah mengira, menghitung dan Maha Tahu bilangan mereka. Setiap makhluk berkenaan akan tampil menemuiNya bersendirian"
-surah Maryam, ayat 82-95-
Bukhari dan Abdul Razzaq meriwayatkan daripada Abi Hurairah, dari Nabi s.a.w. bersabda:
"Firman Allah Taala: HambaKu telah membohongiKu. Dia tidak sepatutnya berkelakuan begitu. HambaKu telah mencelaKu sedangkan dia tidak sepatutnya begitu. Adapun pembohongannya terhadapKu ialah mereka yang berkata 'Allah tidak akan mencipta diriku semula sebagaimana Dia mula menciptaku', sedangkan mencipta awal kejadian tidaklah lebih senang dari mengulangi kejadiannya. Manakala celaannya terhadapKu ialah kata-kata mereka ' Allah mempunyai anak' sedangkan Aku Esa dan tempat manusia berharap. Aku tidak melahirkan anak dan tidak dilahirkan. Tiada seorang pun yang setanding denganKu."
Tafsir diatas saya ambil daripada Tafsir al-Munir oleh Dr. Wahbah al-Zuhaily. Surah al-Ikhlas ini membicarakan tentang tauhid yang tulus dan suci terhadap Allah SWT, suci dari sebarang kekurangan dan bebas daripada sebarang penyukutuan.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan serba sedikit input kepada rakan-rakan, agar kita sentiasa memperkuatkan iman dan yakin dengan kesempurnaan sifat Allah.
copy n paste dari blog akhi munir....
Posted by bidadari at 7:12 AM 0 comments
Labels: tafsir al-Quran
Tuesday, January 4, 2011
puisi cermin....
Siapa dia? Siapa diri ini?
Tatkala ku menghadap sebuah cermin
Tampak sesusuk tubuh
Yang sangat lama kukenal
Dan sangat sering kulihat
Namun aneh
Aku semacam belum mengenal
Siapa yang ku lihat itu??
Siapakah dia itu?
Siapakah dia itu?
Tatkala kutatap wajahnya
Hatiku bertanya
Apakah wajah itu wajah yang kelak akan bercahaya
Bersinar indah di syurga sana?
Ataukah wajah itu yang akan hangus legam di neraka Jahannam?
Tatkala kutatap mata
Lubuk hatiku berbisik bertanya
Mata itukah yang akan menatap
Allah Robbul ‘Alamin
Rasulullah Habibullah
Para sahabat Radhiallahuajm’in
Menatap dengan penuh kenikmatan dan kerinduan?
Ataukah mata ini yang akan terbeliak
Melutut, menganga terburai menatap neraka jahanam
Seksaan yang amat dahsyat?
Apakah mata yang tak terlepas melihat maksiat ini
Akan terselamat dari azab di sana nanti?
Wahai mata…
Apakah yang tatap dan lihat
selama engkau hidup di muka bumi ini?
Tatkala kutatap mulut
Apakah mulut itu
Yang kelak akan berkumit-kumit penuh keyakinan
Mengucapkan Laailaaha Illallah
Di saat malaikat maut datang menjemput?
Ataukah menjadi mulut menganga
Dengan lidah Terjulur
Dengan jeritan bingit memekik
Bergetar menakutkan setiap pendengar yang ada
Di saat sakaratul maut datang menjelma…
Ataukah mulut itu menjadi pemakan buah zaqqum Jahanam
Yang amat dahsyat
Menjadi pembakar, penghangus kerongkong dan usus
Wahai mulut yang malang
Apakah perkara yang engkau ucapkan?
Tipu daya, perkataan dusta, umpat caci, carut mencarut?
Berapa banyak dusta yang engkau ucapkan?
Berapa banyak hati-hati yang remuk hancur luluh
Dengan pisau kata-katamu yang menghiris tajam?
Berapa banyak kata-kata manis semanis madu yang palsu
Yang engkau ucapkan untuk menipu
Wahai mulut yang malang
Sedarkah engkau
Betapa engkau jarang sekali
Menyebut memuji nama Tuhanmu dengan tulus
Betapa jarangnya engkau
Dengan syahdu dan ikhlas
Bermohon agar tuhanmu mengampuni mu
Tatkla kutatap tubuh
Apakah tubuh itu yang kelak akan penuh cahaya
Bersinar, bersukacita, bercengkerama di syurga?
Atau tubuh itu yang akan tercarik-carik hancur
Mendidih di dalam lahar membara jahannam
Kemudian bercantum semula
Menanggung derita yang tak akan pernah berakhir
Wahai tubuh
Berapa banyak maksiat yang telah engkau lakukan?
Berapa banyak orang yang telah engkau khinati dan zalimi
Berapa banyak hamba Allah yang lemah
Yang telah engkau tindas dengan kekuatanmu
Berapa banyak orang datang meminta pertolongan
Tapi engkau buat acuh tak acuh tanpa peduli
Padahal engkau mampu menolong
Berapa banyak pula hak-hak orang lain yang engkau rampas?
Ketika kutatap mu wahai tubuh
Seperti juga ku renung akan isi hatimu
Apakah isi hatimu sebagus kata-katamu?
Atau sebagus daki-daki yang melekat ditubuhmu?
Apakah hatimu segagah ototmu?
Atau ia selemah daun-daun yang mudah layu berguguran
Apakah hatimu seindah penampilanmu?
Ataukah sebusuk kotoran pada pakaianmu?
Apa yang terzahir nampak dicermin
Dengan apa yang tersembunyi
Betapa ianya berbeza…
Apa yang terzahir nampak dicermin
Dengan apa yang tersembunyi
Betapa aku telah tertipu
Aku tertipu oleh topeng itu
Betapa yang kulihat selama ini hanyalah topeng
Hanyalah topeng yang menipu belaka
Betapa pujian yang terhambur hanyalah memuji topeng yang ada
Betapa semua yang indah itu
Hanyalah topeng yang menipu
Sedangkan aku . . .
Hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus
Aku tertipu…
Aku malu ya Allah . . .
Aku tertipu
Tertipu kerana nafsu diriku
Wahai Allah . . .
Selamatkanlah aku.
sumber: Halaqah.net . . copyright blog pakarHowto
Posted by bidadari at 7:36 PM 0 comments
Labels: muhasabah diri
aku perlukan kekuatan....
Ya Allahu Ya Aziz,
Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.
Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.
Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.
Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.
Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.
Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.
Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,
Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.
Posted by bidadari at 8:58 AM 0 comments
Labels: doa
Sunday, January 2, 2011
seorang gadis itu
Gadis..
Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati...
Telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya...
Seorang gadis itu...
Hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi... Cinta untuk dirasa...
Namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong pahlawan-pahlawan dunia... Begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...
Seorang gadis itu..
Teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini... Dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap nikmatNya ...
Seorang gadis itu...
Bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman Rasulullah, pengubat duka dan laranya... Bijaksana ia menyimpan ilmu, si teman bicara, dialah Aishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah...
Seorang gadis itu...
Bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLAH memuji... Seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah... Kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda... Ampuh dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syahid menyahut panggilan Allah.
Seorang gadis itu...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara... Dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya... Dengan yakin Deennya, dengan teguh aqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia, pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga dan ummahnya...
Seorang gadis itu...
Melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan.. Perlu keyakinan dan penghargaan, tanpa jemu dan tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan...
Seorang gadis itu...
Yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... Dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerana dihambur ucap kata nista, hanya kerana dunia memperdaya... Kerana seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini... Perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah dan kalah dalam pertarungan yang lama... Dari rebah dan salah dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, nikmat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan..
Seorang gadis itu ...
Anugerah istimewa kepada dunia!
Seorang gadis itu...
Tinggallah di dunia, sebagai abidah, mujahidah dan pejuang ummah ... Anak ummi dan abah, muslimah yang solehah... Kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah...
Seorang gadis itu ...
Moga akan pulang dalam cinta dan dalam kasih sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan... Seorang gadis itu mesti dalam kebahagiaan! Moga Yang Maha Pengasih melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu...
Menuju cintaNYA yang ABADI..
Posted by bidadari at 8:34 AM 0 comments
Labels: wanita
Subscribe to:
Posts (Atom)