BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ahlan wasahlan

assalamualaikum.....

MUJAHADAH SEORANG MUSLIMAH.........................




Aku ingin mencari cinta yg boleh membawa aku ke jalan Ilahi.aku ingin menjadi MAKMUM kepada seorang imam.aku ingin menjadi SAYAP KIRI kepada seorang khalifah.aku ingin menjadi seorang PENDENGAR kepada seorang da'ie.aku ingin menjadi seorang MUJAHIDAH kepada seorang mujahid.aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai Allah lebih dari segalanya















Saturday, December 24, 2011

~Tatkala cinta hanya sekadar ujian~



bismillahirrahmanirrahiim...

kerana kehilangan yang berlaku semalam..
aku belajar kuat meniti hari..
keseorangan menganyam mimpi..
yang tidak akan pernah jadi..
dan..
ku mula sedari..
bahawa aku tidak pernah memiliki apa-apa..
tanpa pemberianNYA.

kerana kepedihan semalam..
aku bersendirian merawat hati..
ku sangka ku bisa menutup semua pedih..
namun..
ku sedari..
tanpa DIA yang memberi semangat..
mungkin ku akan larut dalam luka ini.

kerana cinta itu lumrah insan..
sentiasa menjenguk hatiku..
walau aku ingin lawan dengan taufan..
agar perginya tidak kunjung datang..
namun..
ku sedari..
bahawa hati ini milik Tuhan..
Dia yang berhak membolak-balikkan hati..
lalu,
ku biarkan hatiku mengusung cinta.

jika bukan kami yang ditakdirkan bersama...
aku redha dengan takdirNYA..
dan,
ku menunggu perasaan ini beransur pergi..
dengan izinMU..
ku yakiniMU,ALLAH YANG ESA..

tenteramkan hati ku agar tidak lara,
mencintai apa yang tidak ku punya,
bebaskan hati ini dari mengenggam sesuatu,
yang bukan hak ku untuk miliki.

mengharungi berat bebanan ini,
aku mengharap petunjukMU,
agar kaki tidak salah memijak,
agar hati tidak salah mengagak,
agar rindu tidak salah diletak,
agar cinta tidak salah tempat.

hanya diri MU..
yang bisa mendamaikan hatiku..ya ALLAH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...